Satu klik umpama sesuap nasi

vendredi 25 décembre 2009

Sebab2 perempuan macam ^@&$# bila datang haid

Aha... Mula2 sekali, bagi sesiapa yang tak tau lagi apa kobondo kah PMS itu? - PMS adalah singkatan untuk PreMenstrual Syndrome dalam bahasa omputih. Syndrome seh, dah macam down syndrome pulak. Dalam bahasa Malaysia maksudnya ialah Sindrom Sebelum Haid.


Simptom yang paling popular bila PMS ni ialah kebolehan para perempuan yang sedang mengalaminya meniru perangai singa betina lapar.


Simptom2 sangat boleh dijangka, secara normalnya berlaku beberapa hari sebelum datang haid. Ia juga boleh terjadi SEMASA sedang haid. Perempuan akan bertukar menjadi sangat garang, yang semulajadi garang bertambah2 lagi garang (nasib kau lah hahaha). Cepat baran, pantang silap sikit, asyik nak mengamuk je. Tak pun sensitif nak mampus.


Benda ni perempuan tak boleh kawal sangat, serius. Kalau tak serius tak kan lah sampai ada nama saintifik untuk 'penyakit' tersebut. And yes, we always blame it on PMS.


Tu lah kan wahai Adam dan kaum Adam semua, korang tak rasa weih macam mana jadi jangan nak cakap perempuan mengada2 lebih.


Cuba korang bayangkan benda2 yang kami hadapi di bawah ini. Walaupun tak semestinya seseorang perempuan itu mengalami semua di bawah pada masa serentak.


1. Perut kembung/buncit.

2. Perut cramp! OMG, pernah rasa kaki cramp kan? Bayangkan cramp kat perut. PERUT! Ini yang dinamakan senggugut. Ada perempuan yang teruk gila bila senggugut sampai tak boleh buat apa pun, terbaring je satu hari. Bayangkan dinding perut runtuh atau macam kena kikis dengan pisau yang disaluti air limau.

3. Buah dada membengkak. Kesan ini hehehe ada beshnya sebab nampak lebih besar haha.

4. Sengal2 sendi/otot.

5. Insomnia. Terguling2 macam tenggiling.

6. Sakit kepala.

7. Cepat penat.

8. JERAWAT!!!

9. Kegatalan/miang kulit.

10. Perpeluhan melampau.

11. Nafsu syahwat meningkat, tapi tak boleh nak ... Bengang tak? Bengang tak?.

12. Masalah permakanan, sama ada terlalu berselera atau pun langsung tak.

13. Rasa tertekan dan cemas.

14. Perubahan mood serta merta. Tengah2 gembira boleh tup tup jadi sedih lalu menangis. Ini tak boleh kawal ok.

15. Body concious gila bayam, rasa gemuk, huduh, kurang menarik bla bla bla.


Okay, dari no 1 sampai no 15 tambah lagi dengan:


16. Rasa tak selesa selama 5 hingga 7 hari kerana sentiasa ada benda basah dan melekit di kemaluan.

17. Sentiasa rasa conscious takut muatan pad dah tertumpah, risau meninggalkan kesan merah pada pakaian atau kerusi. Orang kata 'bocor'.

18. Rasa takut dengan setan2 yang orang dulu2 kata pantang tau kalau ada perempuan tengah period mesti nak kacau.

19. Tak boleh mandi kolam.

20. Kalau fabric pad tak sesuai, menyebabkan radang kulit/kerengsaan.


Fahamilah kami.