Senang sahaja. Kalau tak ada masalah, tentu kita boleh hidup bahagia bersama2 sama ada kita keluarga, kawan, kenalan, atau pun jiran.
1. Jangan sekali2 sentuh makanan aku sebelum aku yang menodainya dulu. Contoh: Baru 2 saat mamak letak mee goreng ayam aku atas meja, kau memang berani mati kalau terus laju je curi sehelai ayam aku. Atau terus2 sudu sup ekor aku. Air pun sama!
2. Jangan bercakap nada berbisik mengumpat bila aku tengah mengunyah, haram aku tak dengar apa. Cakap macam biasa, aku jengkel betul kalau kena berhenti mengunyah sedangkan makanan penuh dalam mulut hanya untuk dengar kau bercerita.
3. Kalau kamu offer makanan dan aku geleng atau cakap tak nak, aku memang maksudkannya.
4. Kalau kamu offer untuk bagi sedikit makanan kamu kalau aku kata tak nak, dah kenyang, sila hentikan niat. Aku tak suka makanan kat pinggan aku tak habis. Pinggan kau orang lantak lah.
5. Aku tak suka orang makan tak habis, kecuali memang dah kenyang sangat. Ini kalau setiap kali makan pun kau membazir, pandai2 lah order nasi separuh. Kat Somalia berbunuh2 tau tak berebutkan sesudu nasi.
6. Kacang pis campur dalam nasi goreng adalah sangat annoying! Atas piza mini pun!
7. Jangan paksa aku makan. Aku makan banyak kalau aku happy. Selera aku bukan ada pada setiap masa. Kebelakangan ni pun aku makan nasi sekali je dalam 3 hari.
8. Kalau aku cakap aku diet lantak ah, jangan cakap, "Kau dah kurus nak diet apa benda?" Sebelum aku jadi gemuk macam kau lah aku kena diet. Baju2 aku saiz 4, kalau badan aku naik sampai saiz 6 ke 8 ke tak ke rugi semua baju2 gojes yang aku beli tu? Ingat pinggang 28 boleh masuk dalam seluar saiz 26?
9. Jangan masak atau paksa mak/akak ipar aku masak ayam tomato kalau aku kat rumah mak bapak kat BP. Aku pantang! Masak kari/kurma/rendang ok, masak tomato - BAN! Kau nak makan pergi kedai.
10. Jiran2 jangan sibuk datang rumah rasa2 makanan kemudian pandai2 tambah gula dalam masakan! Kononya pedas sangat. Aku frying pan kang. Kau ingat aku orang Kelantan ke makan manis2?
11. Aku punya suka nak buat roti KFC macam sandwich! Buat lubang kat sisi pastu sumbat mashed potato dengan coleslaw. Jangan pandang pelik bukan aku nak suap kau pun.
12. Kalau aku makan tercomot, jangan berani2 nak lapkan kecuali kau pasti dan yakin aku ada perasaan romantik kat kau. Kalau tak pasti, tegur saje sudah.
13. Kalau kita tak boleh pergi makan di tempat2 biasa sebab kau hanya ada kad kredit dan bukan cash di tangan, pada aku kau miskin.
14. Jangan membebel bila aku tengah lapar!
15. Kalau nak berbuka puasa, aku tak suka makan mahal2! Defeat the purpose of fasting itself.
2 patah perkataan:
baik, pasni jnji tak buat dh..hehe
btw, wassup wit tomato?
> siggplus - hehe... nthe problem is not the tomato, tp ayam yg dimsk tomato. mual ah tekak rs.
Enregistrer un commentaire