Satu klik umpama sesuap nasi

vendredi 25 décembre 2009

Sebab2 perempuan macam ^@&$# bila datang haid

Aha... Mula2 sekali, bagi sesiapa yang tak tau lagi apa kobondo kah PMS itu? - PMS adalah singkatan untuk PreMenstrual Syndrome dalam bahasa omputih. Syndrome seh, dah macam down syndrome pulak. Dalam bahasa Malaysia maksudnya ialah Sindrom Sebelum Haid.


Simptom yang paling popular bila PMS ni ialah kebolehan para perempuan yang sedang mengalaminya meniru perangai singa betina lapar.


Simptom2 sangat boleh dijangka, secara normalnya berlaku beberapa hari sebelum datang haid. Ia juga boleh terjadi SEMASA sedang haid. Perempuan akan bertukar menjadi sangat garang, yang semulajadi garang bertambah2 lagi garang (nasib kau lah hahaha). Cepat baran, pantang silap sikit, asyik nak mengamuk je. Tak pun sensitif nak mampus.


Benda ni perempuan tak boleh kawal sangat, serius. Kalau tak serius tak kan lah sampai ada nama saintifik untuk 'penyakit' tersebut. And yes, we always blame it on PMS.


Tu lah kan wahai Adam dan kaum Adam semua, korang tak rasa weih macam mana jadi jangan nak cakap perempuan mengada2 lebih.


Cuba korang bayangkan benda2 yang kami hadapi di bawah ini. Walaupun tak semestinya seseorang perempuan itu mengalami semua di bawah pada masa serentak.


1. Perut kembung/buncit.

2. Perut cramp! OMG, pernah rasa kaki cramp kan? Bayangkan cramp kat perut. PERUT! Ini yang dinamakan senggugut. Ada perempuan yang teruk gila bila senggugut sampai tak boleh buat apa pun, terbaring je satu hari. Bayangkan dinding perut runtuh atau macam kena kikis dengan pisau yang disaluti air limau.

3. Buah dada membengkak. Kesan ini hehehe ada beshnya sebab nampak lebih besar haha.

4. Sengal2 sendi/otot.

5. Insomnia. Terguling2 macam tenggiling.

6. Sakit kepala.

7. Cepat penat.

8. JERAWAT!!!

9. Kegatalan/miang kulit.

10. Perpeluhan melampau.

11. Nafsu syahwat meningkat, tapi tak boleh nak ... Bengang tak? Bengang tak?.

12. Masalah permakanan, sama ada terlalu berselera atau pun langsung tak.

13. Rasa tertekan dan cemas.

14. Perubahan mood serta merta. Tengah2 gembira boleh tup tup jadi sedih lalu menangis. Ini tak boleh kawal ok.

15. Body concious gila bayam, rasa gemuk, huduh, kurang menarik bla bla bla.


Okay, dari no 1 sampai no 15 tambah lagi dengan:


16. Rasa tak selesa selama 5 hingga 7 hari kerana sentiasa ada benda basah dan melekit di kemaluan.

17. Sentiasa rasa conscious takut muatan pad dah tertumpah, risau meninggalkan kesan merah pada pakaian atau kerusi. Orang kata 'bocor'.

18. Rasa takut dengan setan2 yang orang dulu2 kata pantang tau kalau ada perempuan tengah period mesti nak kacau.

19. Tak boleh mandi kolam.

20. Kalau fabric pad tak sesuai, menyebabkan radang kulit/kerengsaan.


Fahamilah kami.

samedi 19 décembre 2009

Akta makan Poppy

Berikut merupakan peraturan2 asas dalam kesejahteraan hidup di sekitar aku dari segi - MAKAN. Nombor tidak mengikut turutan kepentingan.


Senang sahaja. Kalau tak ada masalah, tentu kita boleh hidup bahagia bersama2 sama ada kita keluarga, kawan, kenalan, atau pun jiran.


1. Jangan sekali2 sentuh makanan aku sebelum aku yang menodainya dulu. Contoh: Baru 2 saat mamak letak mee goreng ayam aku atas meja, kau memang berani mati kalau terus laju je curi sehelai ayam aku. Atau terus2 sudu sup ekor aku. Air pun sama!


2. Jangan bercakap nada berbisik mengumpat bila aku tengah mengunyah, haram aku tak dengar apa. Cakap macam biasa, aku jengkel betul kalau kena berhenti mengunyah sedangkan makanan penuh dalam mulut hanya untuk dengar kau bercerita.


3. Kalau kamu offer makanan dan aku geleng atau cakap tak nak, aku memang maksudkannya.


4. Kalau kamu offer untuk bagi sedikit makanan kamu kalau aku kata tak nak, dah kenyang, sila hentikan niat. Aku tak suka makanan kat pinggan aku tak habis. Pinggan kau orang lantak lah.


5. Aku tak suka orang makan tak habis, kecuali memang dah kenyang sangat. Ini kalau setiap kali makan pun kau membazir, pandai2 lah order nasi separuh. Kat Somalia berbunuh2 tau tak berebutkan sesudu nasi.


6. Kacang pis campur dalam nasi goreng adalah sangat annoying! Atas piza mini pun!


7. Jangan paksa aku makan. Aku makan banyak kalau aku happy. Selera aku bukan ada pada setiap masa.  Kebelakangan ni pun aku makan nasi sekali je dalam 3 hari.





8. Kalau aku cakap aku diet lantak ah, jangan cakap, "Kau dah kurus nak diet apa benda?" Sebelum aku jadi gemuk macam kau lah aku kena diet. Baju2 aku saiz 4, kalau badan aku naik sampai saiz 6 ke 8 ke tak ke rugi semua baju2 gojes yang aku beli tu? Ingat pinggang 28 boleh masuk dalam seluar saiz 26?


9. Jangan masak atau paksa mak/akak ipar aku masak ayam tomato kalau aku kat rumah mak bapak kat BP. Aku pantang! Masak kari/kurma/rendang ok, masak tomato - BAN! Kau nak makan pergi kedai.


10. Jiran2 jangan sibuk datang rumah rasa2 makanan kemudian pandai2 tambah gula dalam masakan! Kononya pedas sangat. Aku frying pan kang. Kau ingat aku orang Kelantan ke makan manis2?


11. Aku punya suka nak buat roti KFC macam sandwich! Buat lubang kat sisi pastu sumbat mashed potato dengan coleslaw. Jangan pandang pelik bukan aku nak suap kau pun.


12. Kalau aku makan tercomot, jangan berani2 nak lapkan kecuali kau pasti dan yakin aku ada perasaan romantik kat kau. Kalau tak pasti, tegur saje sudah.


13. Kalau kita tak boleh pergi makan di tempat2 biasa sebab kau hanya ada kad kredit dan bukan cash di tangan, pada aku kau miskin.


14. Jangan membebel bila aku tengah lapar!


15. Kalau nak berbuka puasa, aku tak suka makan mahal2! Defeat the purpose of fasting itself.



Perhh zaman 'kegemilangan' aku tengah senang hati, tengok muka gemuk tu.



Cet, hingga menjilat pinggan.

vendredi 11 décembre 2009

I can read maps ok, very well

Tengah study peta ke LCCT ni, lagi 15 minit nak hantar kawan aku dari Sabah pulang ke 'hutannya'. HAHAHA.


Aku tak pernah pergi LCCT (naik kapal terbang pun aku tak pernah ish ish ish kesiaaaaan...), lagilah jadi sole driver ke sana, kira gamble habis je ar ni.


Nak lalu KL pastu ke PLUS Seremban yang aku familiar ke nak lalu NKVE terus masuk PLUS yang kat Shah Alam yang tak pernah2 aku lalu tapi dalam peta nampak lebih dekat tu?


Lalu kampung orang asli...? Pukul 4 pagi ni, takuttttt...

vendredi 4 décembre 2009

Sakit kan?


Sakit kan...


Bila dulu kita pernah dilukai, sejak itu kita jadi ekstra berhati2 dengan perasaan kita.


Bila ada orang yang nak cuba memikat dan menawan hati, kita bagi warning awal2 - kita belum bersedia, jangan harap apa2...


Kita selalu cakap - kita kawan je ok?


Tapi sekeras2 hati, lama2 lembut juga... Bila dia bersungguh2, buat apa saja untuk kita lama2 kita pun jatuh perlahan2...


Hati berbunga2, hidup kembali ceria sejak hadirnya dia, kiranya dah boleh terima lelaki semula, cinta itu rupanya masih ada. Hati yang retak2 dah hampir jadi pasir dulu, bila di repair2 rupanya masih boleh dipakai.


Bila mula rasa tak boleh hidup tanpa dia, sudah berani mengaku suka dan sayang. Sedangkan si dia sudah lama mengucapkan walaupun tanpa ada balasan. When every single day, he is the first and the last thing in our mind.


Tapi, sayang semuanya sudah terlambat...


Si lelaki lihat selama ini kita hanya memain2kan perasaan dia, kita take him for granted, dia hanya tempat persinggahan... Unintended, choice to live my life extended? Fick.


Dah terlambat bila hati dia dah tertutup... Dan berpaling pada yang lain.


Pecah lagi.


Sakit kan?


 Rossa - Aku Bukan Untukmu




Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku