Satu klik umpama sesuap nasi

Affichage des articles dont le libellé est cerita saya. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est cerita saya. Afficher tous les articles

mardi 18 janvier 2011

The heartthrobs

How soo carefree your life is. You sleep, eat, play, have sex, sleep, eat, play, have sex, and repeat that all over again.

In your world there are no problems, no job-hunting, no money, no commitments, it’s okay for you to just laying around and be handsome and clumsy. And there’s always gonna be food for you.

In your world there’s no social classes, no degrees, no best school, no what’s-your-family-background –like, no salary range, no hottest and expensive clothes, no designer shoes, no luxurious cars, no latest tv trend.

No backstabbing, no heartbreaks, no betrayal, no lies, no confessions, no denial. 



But in my world… =(



But you totally understand that.

Thanks for always being there, for the shoulders for me to cry on (literally), for you to always listen and just be silent to my grumbles, for the companion, for laying down closely beside me when I’m watching tv, for licking my fingers, ears and nose when I’m at least expecting it, for touching my face so softly while looking to my eyes that I could cry, for making me smile for no reason all the times. =’]



 
=']

 


  Ya, ini baru benar cinta mati gue.

samedi 15 janvier 2011

The piercing


2005, aku decide untuk tindik kening. Masa tu aku tengah study lagi.




Aku teringat lagi sampai sekarang, sejak balik ke hostel dengan pierced eyebrow, aku rasa budak2 sebilik dengan aku dah pandang aku lain macam. Aku pun kurang ngam ngan diorang, sebab diorang tak cool. Cam setiap kali balik kelas atau lepas mandi dan masuk bilik, cam ada satu situasi pelik semua orang silence and berlagak konon bersahaja. Aku rasa diorang bajet aku ni budak liar.



Tapi tindik kening je kot, bukannya top star of 3gp.



Ada sekali masa aku tengah solat (dulu rajin dowh), terdengar diorang bisik2 sinis (kantoi x khusyuk), "Hek eleh, sah ke sembahyang pakai benda tu?"



(-__-")



Bukan susuk pun.


Nota tulis pakai kaki: Lama dah ye blog ni tak ada gambar.

mardi 11 janvier 2011

Wanted

I need a friend. Someone yang layan konsert, live bands or djs and tak kan pernah claim, "We're already too old for that lah..."


 (-_-") Boring dowh korang. Damn, you guys got old before time.


And kawan yang tak on diet all year round, please? Aku sunyi dowh.

dimanche 2 janvier 2011

You = My drugs. Probably.

I had never ever finished doctor's prescription when I'm sick, and for the 1st time I did.


Because you always remind me to do so.

New year, new ... ?


New haircut?
Boyfriend?
Car?
Job?
House?
Friends?
Laptop?
Handphone?
Scandal?


Possibilities are endless.


Tapi aku rasa paling best, new attitude. Attitude towards apa lak ye? Hmm…


Pernah kan rasa kosong dalam hati, like korang suka tengok muka someone berlainan jantina tapi dalam hati sikit pun tak rasa apa, like tengah dalam serius relationship tapi dalam hati tak rasa apa, like tengah in serius trouble tapi korang tak rasa takut pun, like memang dah lambat giler untuk meeting penting tapi dalam hati boleh calm giler tah datang dari mana. Like tak rasa apa sampai ke tahap korang tak kisah bila orang2 sakitkan hati korang over and over again, sebab tak rasa apa kan?


Rasa kosong sebab ada ‘someone’ yang korang suka be around je, look forward untuk jumpa tapi tak expect apa2 lebih2 pun sampai dah ready siap sedia sebab tahu akan tiba satu hari nanti, pada bila2 masa when we least expecting  that ‘someone’ suddenly disappear, just like that, just like the others before... And when they come back or suddenly reappear, benda tu makan diorang balik sebab tengok korang dah move on, live korang gempak giler, korang tak suffer eating disorder, korang bertambah cun/hensem, bertambah kaya, korang much2 more fun they wish they never left or at least they could keep up with you. But then all you can say, it’s okay I tak kisah pun, with biggest beam on your lips. Eat that.


Mungkin ok kot tak rasa apa, it makes you cool kot?




KOT.

vendredi 11 décembre 2009

I can read maps ok, very well

Tengah study peta ke LCCT ni, lagi 15 minit nak hantar kawan aku dari Sabah pulang ke 'hutannya'. HAHAHA.


Aku tak pernah pergi LCCT (naik kapal terbang pun aku tak pernah ish ish ish kesiaaaaan...), lagilah jadi sole driver ke sana, kira gamble habis je ar ni.


Nak lalu KL pastu ke PLUS Seremban yang aku familiar ke nak lalu NKVE terus masuk PLUS yang kat Shah Alam yang tak pernah2 aku lalu tapi dalam peta nampak lebih dekat tu?


Lalu kampung orang asli...? Pukul 4 pagi ni, takuttttt...

lundi 9 novembre 2009

Poppy dan alkohol

Aku tak pernah minum alkohol. Terminum adalah tapi tak telan, terasa kat lidah je, mual seh. Orang dajal, kuang ajo.


Kebanyakkan kawan2 dan orang2 yang aku kenal, rata2 mereka cakap mula terjebak minum2 alkohol ni bila kecewa bercinta. Ek eleh? Sebab frust dengan bekas kekasih kau rosakkan diri? Kalau bekas kekasih kau tau, diorang bangga tau tak.


"Disebabkan aku lah si Mamat/Minah tu minum."


Bukan nak cakap diri baik sangat, tapi benda2 makan minum ni jadi darah daging woo...


------------------------------------------------------------


Baru sampai di sebuah kelab, diperkenalkan dengan kawan2 kepada kawan. Ordered a glass of fresh orange.


"You tak minum ke?" Tanya seorang rakannya sambil memegang bangga air kuning berbuih2.


"Nope." Jawabku.


Cebik muka, angkat kening.


Perempuan. Aku yakin dia Islam.


------------------------------------------------------------


Kawan kepada kawan, seorang perempuan hulur gelas berisi air hitam.


"Haa yang ni boleh minum, yang ni halal."


Aku ingat Coke.


"Asal straw dia macam ni?" Aku tertanya2 kenapa straw hitam itu dibentuk seperti cross.


"Jangan risau, halal."


Minum.


Celaka, alkohol. HALAL wak lu. Kau jawab nanti ea. Nasib baik tak telan lagi, gelabah ke bilik air untuk buang. Diorang gelak. IT IS funny, isn't it?


------------------------------------------------------------



Baru2 ni pada malam minggu yang lalu, aku dan akak aku pergi jumpa laki dia kat gerai belakang Beach Club, Jalan P Ramlee. Niat kitorang nak makan sama lepas laki dia habis keja kat salah satu kelab sekitar tu lah, dalam pukul 2-3 pagi.


Tau2 lah keadaan kat situ macam mana kan kalau malam minggu. Belia2 baru nak naik, budak2 universiti yang baru tiba KL, yang baru nak kenal night life memang jakun le.


Ramai yang duduk tepi2 jalan, sedangkan tak jejak dalam mana2 kelab pun dan bila pulang claim kat kawan2 dan status Facebook penat malam tadi clubbing. Bersidai tepi jalan tengok perempuan2 seksi pun dah cukup ek?

 
Sepanjang perjalanan dari tempat kitorang letak kereta ke tempat makan pergi dan balik, orang2 tepi jalan usha2 pelik. Siap ada yang jerit,


"Eh, dah tukar baju ea?", "Dari mana ni?" As in, "Dari kampung mana ni?"


Sebab kitorang tak pakai seksi. Tak pakai skirt. Tak pakai low-cut top. Tak pakai mekap tebal.


Sebab kitorang pakai baggy jeans, dan t-shirt.


Sebab kitorang nak pergi makan kat gerai je, ngok.


------------------------------------------------------------


Bangga ea konon2 terhuyung hayang sampai kena usung ke Pelita?


Bila ada perempuan decent datang nak MAKAN, oh my God for my stomach sake, ada yang pandang atas bawah dengan pandangan mengejek like they were saying:


"Is THAT your best dress for the weekend?"


Bangga picit2 kepala pening. Bangga jalan terlanggar2 orang. Bangga baru balik dari kelab. Bangga.

vendredi 6 novembre 2009

Apa laa nak letak tajuk ni? #2

Hari ni hari terakhir training. Sedih lah jugak masa nak balik tadi, beberapa orang banjir.


Lepas ni praktikal, kemungkinan besar di sebuah syarikat tv. Wuuu... Silap2 tiba2 I jadi pengacara dan muncul di kaca tv. Eh.


Hmmm... Sementara belum mula praktikal tu kalau tiba2 I balik kampung surprise pun ok jugak ek?


Meter kereta dah cecah 6438km ni, tak sempat2 nak hantar servis yang 5000km, kalau Abah tau boleh pecah telinga kena bebel ni. Shhh... Ini rahsia saya, akak saya dan kau saja tau.


Hari tu harijadi dapat hadiah notebook dan sketchbook Moleskin yea2. Boleh conteng2 sambil jalan2. =B

mardi 27 octobre 2009

Apa laa nak letak tajuk ni?

Dalam otak ada beberapa benda yang nak diblogkan, tapi jari2 ni sangat lah malas nak bekerjasama dengan otak. Mungkin juga sengaja menyibukkan diri.


Kalau lah apa yang difikirkan dalam kepala senang je boleh di put in words. Kadang2 cuba nak cerita, tapi maksud tak sampai. Bila maksud tak sampai, nanti akan ada lah salah tafsiran, kan.


Sel2 otak berfungsi dengan agak perlahan sekarang, mungkin terkejut akibat berhenti belajar secara mengejut. Perlukan sesuatu yang mencabar minda. Jadi, nanti2 lah kemaskini blog. Hehe. =B

jeudi 22 octobre 2009

Yang penting jiwa muda




Tengok budak ni agak2 umur dia berapa? Yang penting berjiwa muda, tu lah rahsia awet muda I.


Happy Birthday, Myself.


Tak pernah rasa diraikan. Sebak betul teringat pasal dulu ex-boyfriend yang CUTI pada harijadi saya, tapi memilih untuk tidak meluangkan masa bersama saya. Tahun berikutnya, minta saya tambah duit bayar bil di Kenny Rogers. Fick. Gila banyak baggage yang saya bawa dari kehidupan lepas kan? Siapa baca blog ni mesti depress.


Masa tarikh harijadi ni lah nak tengok siapa yang betul2 ingat kat kita. Tapi sekarang semua orang ada Facebook, tak aci. Auto-reminder.


vendredi 16 octobre 2009

Halal tak makan minum luk?

Celaka, jarang aku nak maki2 golongan peniaga kos rendah ni. Tapi serius tadi kalau betul kiraan dia tak betul, saja nak mark up lebih2, aku tak halalkan weh duit aku bayar kat kau. Mentang2 aku muka baru kat situ.


Yong tau fu pasar malam seorang makan = RM 11.00


Fick.

mardi 13 octobre 2009

Hilang

Ini pos terakhir saya dalam blog terdahulu. Bayangkan hampir seluruh hidup saya curahkan di blog itu, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan saya perlu lupakan semua.

Ahad, 30 Ogos 2009.


Saya nak delete blog ini. Silap2 dengan akaun Facebook sekali. Nombor fon sudah tentu. Kepada kawan2 sebenar, kamu tahu di mana mahu cari saya.


Sayang rasanya, bukan senang nak kumpul 30 followers... Maaf. Tapi, sempena hari merdeka ini, saya juga mahu merdekakan diri saya.


Stalkers baca blog saya, psychos baca blog saya (orang2 ini saya kenal dalam kehidupan sebenar), kamu rasa saya bahagia menulis?


Menggunakan apa2 yang saya tulis untuk attack saya? Bunyi fon pula sangat menjengkelkan.


Babi, sundal, bitch, jalang, pukimak. Ada lagi panggilan yang tertinggal? Kutuklah keturunan JAWAku, memandangkan kamu rasa keturunanmu jauh lebih mulia. Hinalah keluargaku. Katalah semua, kalau kamu buat itu untuk menyakitkan, tahniah ia agak berkesan. Terima kasih, lebih2 lagi dalam bulan ramadan ini.


BAI.


Bayangkan seseorang yang dulu panggil kau sayang sayang sayang, tapi bila gaduh panggil kau nama hina2, caci maki keluarga kau, ugut kau, orang macam tu kah kau nak buat pasangan hidup?


Baru gaduh boyfriend girlfriend, belum gaduh laki bini lagi. Mana pergi rasa hormat? Silap2 penampar dan terajang boleh hinggap kat badan. Baik bertindak sebelum terlambat.


Saya nasihatkan, bila kamu bergaduh dengan pasangan tengok perangai dia macam mana. Kemudian tanya diri sendiri, sanggup ke kamu hidup dengan orang dan perangai macam ni seumur hidup kamu? Sebab kalau kamu kira hubungan yang ada sekarang itu akan memanjang indah dan bahagia tak ada selisih faham pun, memang tak ah.  Dan mungkin juga kamu tu masih berusia 14 tahun di dalam.