Satu klik umpama sesuap nasi

mercredi 25 novembre 2009

Coba, coba kau dengar...

Bila perempuan, eh aku.


Bila aku marahkan seseorang atau keadaan, aku diam. Diam sediam-diamnya. Membisu, automatik. Aku tak sanggup nak luah apa yang aku rasa bila aku sedang dalam keadaan marah. My words are cold you know, I don't want them to hurt you.


Kaum2 perempuan di sekitarku biasanya faham, walaupun baru kenal.


Aku diam sampai aku sejuk. Kalau tak serius, aku buat macam biasa balik. Kalau serius, aku cakap dengan cara paling bijak yang aku boleh fikirkan.


Tapi lelaki2, akan tanya,


"Kenapa diam?"


"Haa... Kalau tak puas hati cakap. Jangan pendam2."


"Sampai bila nak diamkan diri?" (Sampai kena pujuk lah.)


Bila aku cakap apa yang aku tak puas hati, tau diorang jawab apa?


"Laaa... Hal kecik macam tu pun nak dibesar2kan ke?"


"Membebel je lah."


Dan seterusnya berbahas macam never ending story. Dan jangan harap diorang nak bagi perempuan menang. Bukan diorang nak tenangkan kita, makin curah minyak kat api lagi.


Seperti lelaki yang tak suka orang offer pertolongan bila mereka tak minta dan benci di arah2 untuk buat sesuatu, perempuan paling benci bila lelaki memberitahu perempuan tak sepatutnya rasa apa yang mereka sedang rasa. You guys menafikan hak perempuan itu untuk marah, risau, cemburu, bengang, sedih dan sebagainya tahu tak? Cuba kalau sendiri yang kena. 


"Tak payah lah marah2, hal kecik je. Sebelum2 ni kawan you panggil you gemuk you relax je?"
(Kata2 menafikan kelogikan perempuan itu berasa marah.)


"Yang you nak jealous kenapa? Dah I satu ofis dengan dia memang lah kitorang keluar lunch sama2 tiap2 hari."
(Kata2 menafikan kelogikan perempuan itu berasa cemburu.)


"Tak payah lah nak risau2, I baru minum 5 gelas. Boleh drive sampai rumah punya."
(Kata2 menafikan kelogikan perempuan itu berasa risau.)


"Tak payah lah nak risau, anak kita tu kan lelaki, dia nak balik esok pagi pun bukannya ada orang nak rogol."
(Kata2 menafikan kelogikan perempuan itu berasa risau.)


Perempuan juga benci lelaki sibuk offer jalan penyelesaian untuk masalah mereka. 


"Susah2 sangat bos you tu cerewet, you berhenti je lah kerja."


"Kalau bapak you tu asyik nak marah2 je, dah tak payah balik rumah dia lagi." 


Oh my God, we just want you to LISTEN, not giving solutions!!! Unless if we do ask.


Diam salah, cakap kalah. Kaum mana yang paling susah untuk difahami ni?


lundi 9 novembre 2009

Poppy dan alkohol

Aku tak pernah minum alkohol. Terminum adalah tapi tak telan, terasa kat lidah je, mual seh. Orang dajal, kuang ajo.


Kebanyakkan kawan2 dan orang2 yang aku kenal, rata2 mereka cakap mula terjebak minum2 alkohol ni bila kecewa bercinta. Ek eleh? Sebab frust dengan bekas kekasih kau rosakkan diri? Kalau bekas kekasih kau tau, diorang bangga tau tak.


"Disebabkan aku lah si Mamat/Minah tu minum."


Bukan nak cakap diri baik sangat, tapi benda2 makan minum ni jadi darah daging woo...


------------------------------------------------------------


Baru sampai di sebuah kelab, diperkenalkan dengan kawan2 kepada kawan. Ordered a glass of fresh orange.


"You tak minum ke?" Tanya seorang rakannya sambil memegang bangga air kuning berbuih2.


"Nope." Jawabku.


Cebik muka, angkat kening.


Perempuan. Aku yakin dia Islam.


------------------------------------------------------------


Kawan kepada kawan, seorang perempuan hulur gelas berisi air hitam.


"Haa yang ni boleh minum, yang ni halal."


Aku ingat Coke.


"Asal straw dia macam ni?" Aku tertanya2 kenapa straw hitam itu dibentuk seperti cross.


"Jangan risau, halal."


Minum.


Celaka, alkohol. HALAL wak lu. Kau jawab nanti ea. Nasib baik tak telan lagi, gelabah ke bilik air untuk buang. Diorang gelak. IT IS funny, isn't it?


------------------------------------------------------------



Baru2 ni pada malam minggu yang lalu, aku dan akak aku pergi jumpa laki dia kat gerai belakang Beach Club, Jalan P Ramlee. Niat kitorang nak makan sama lepas laki dia habis keja kat salah satu kelab sekitar tu lah, dalam pukul 2-3 pagi.


Tau2 lah keadaan kat situ macam mana kan kalau malam minggu. Belia2 baru nak naik, budak2 universiti yang baru tiba KL, yang baru nak kenal night life memang jakun le.


Ramai yang duduk tepi2 jalan, sedangkan tak jejak dalam mana2 kelab pun dan bila pulang claim kat kawan2 dan status Facebook penat malam tadi clubbing. Bersidai tepi jalan tengok perempuan2 seksi pun dah cukup ek?

 
Sepanjang perjalanan dari tempat kitorang letak kereta ke tempat makan pergi dan balik, orang2 tepi jalan usha2 pelik. Siap ada yang jerit,


"Eh, dah tukar baju ea?", "Dari mana ni?" As in, "Dari kampung mana ni?"


Sebab kitorang tak pakai seksi. Tak pakai skirt. Tak pakai low-cut top. Tak pakai mekap tebal.


Sebab kitorang pakai baggy jeans, dan t-shirt.


Sebab kitorang nak pergi makan kat gerai je, ngok.


------------------------------------------------------------


Bangga ea konon2 terhuyung hayang sampai kena usung ke Pelita?


Bila ada perempuan decent datang nak MAKAN, oh my God for my stomach sake, ada yang pandang atas bawah dengan pandangan mengejek like they were saying:


"Is THAT your best dress for the weekend?"


Bangga picit2 kepala pening. Bangga jalan terlanggar2 orang. Bangga baru balik dari kelab. Bangga.

vendredi 6 novembre 2009

Apa laa nak letak tajuk ni? #2

Hari ni hari terakhir training. Sedih lah jugak masa nak balik tadi, beberapa orang banjir.


Lepas ni praktikal, kemungkinan besar di sebuah syarikat tv. Wuuu... Silap2 tiba2 I jadi pengacara dan muncul di kaca tv. Eh.


Hmmm... Sementara belum mula praktikal tu kalau tiba2 I balik kampung surprise pun ok jugak ek?


Meter kereta dah cecah 6438km ni, tak sempat2 nak hantar servis yang 5000km, kalau Abah tau boleh pecah telinga kena bebel ni. Shhh... Ini rahsia saya, akak saya dan kau saja tau.


Hari tu harijadi dapat hadiah notebook dan sketchbook Moleskin yea2. Boleh conteng2 sambil jalan2. =B

mercredi 4 novembre 2009

Lagu tema hari ini #2


Lama bangat tak kemaskini natang ni kan. Huh, hati kurang tenang.


Billy Talent - Fallen Leaves



In a crooked little town, they were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground

I hitched a ride until the coast
To leave behind all of my ghosts
Searching for something I couldn't find at home

Can't get no job, can you spare a dime?
Just one more hit and I'll be fine
I swear to God this will be my one last time

In a crooked little town, they were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground
Run away before you drown, or the streets will beat you down
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground

When it gets dark in Pigeon Park
Voice in my head will soon be fed
By the vultures that circle round the dead

In a crooked little town, they were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground
Run away before you drown, or the streets will beat you down
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground

I never once thought I'd ever be caught
Staring at sidewalks hiding my track marks
I left my best friends, or did they just leave me?

In a crooked little town, they were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground
In a crooked little town, they were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground
Run away before you drown, or the streets will beat you down
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground

Run away before you drown
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground
Run away before you drown
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves on the ground